Selasa, 21 Jun 2011

MADAH



Disini saya ingin berkongsi dengan anda beberapa madah puitis,yang mungkin dapat menyegarkan minda atau jiwa yang kacau menjadi tenteram.Setiap madah puitis mempunyai maksud yang mendalam jika kita mengerti akan maknanya.Sebenarnya saya sendiri pun tak pandai nak bermadah dan sewaktu saya melayari internet saya terjumpa beberapa madah yang agak menarik atau mungkin juga terbaik.Sekiranya anda terbaca artikal ini saya mengharapkan anda memahami dan memperatikkannya supaya anda  lebih bahagia,lebih ceria dan lebih bijaksana.


MADAH PUITIS


"Perjalanan hidup ini tidaklah seindah impian dan harapan.  Seandainya kita menyedari hakikat kehidupan pasti diri kita tidak tenggelam dalam khayalan.Impian dan harapan yang keterlaluan sehingga lupa pada qada dan qadarnya."

"Orang yang berakal tidak berduka hati kerana kedukaan hati tiada faedahnya.   Banyak duka mengaburkan akal.  Tiada ia sedih kerana kesedihan tidaklah memperbaiki perkara yang telah
  terlanjur kerana banyak kesedihan mengurangi akal."

"Berlumba-lumbalah kamu mencari ilmu pengetahuan bererti kamu berlumba-lumba mencari kesenangan hidup dan berbahagia di hari muka."

"Orang tidak akan menyegani kamu kerana harta kamu sebaliknya orang menyenangi kamu kerana ilmu pengetahuan kamu itu."

"Untuk membina sebuah persahabatan terkadang mengambil masa bertahun-tahun lamanya.Tetapi untuk memusnahkannya terkadang waktu tidak sampai sesaat pun.  Untuk itu jujur dan ikhlas adalah kunci dalam setiap persahabatan."

"Orang yang berilmu hadir dalam kelompok manusia yang jahil umpama setitik air hujan yang
  jatuh di atas tanah yang gersang."

"Kejayaan itu adalah milik semua orang.  Pengorbanan, masa dan sentiasa mengambil peluang untuk berusaha bersungguh-sungguh adalah jalan kearah destinasi kejayaan.Ingatlah jika kita tidak tahu ke mana arah yang hendak dituju, maka kita seperti daun kering yang di terbangkan oleh angin."

"Orang yang paling dibenci ALLAH ialah orang yang suka bersengketa."

"Orang yang banyak berkata akan banyak silap dan orang yang banyak silap akan banyak dosa dan orang yang banyak dosa adalah neraka lebih layak untuknya."

"Barangsiapa memaafkan kesalahan orang islam, nescaya dimaafkan ALLAH kesalahannya di hari kiamat."

"Insan yang sentiasa berurusan dengan jalan ALLAH sentiasa merasakan hidup ini terlalu mudah dan indah.  Sesuatu halangan itu tidak dianggap sebagai masalah sebaliknya sebagai dugaan ALLAH untuk menguji iman mereka."

"Kawan setia sukar dicari tetapi apabila kamu sudah menjumpainya, pastikan kamu tidak kehilangannya."

"Nafsu mengatakan perempuan cantik atas alasan rupanya, akal mengatakan perempuan cantik atas alasan ilmunya, Hati mengatakan perempuan cantik atas alasan akhlaknya."

"Sebaik-baik berfikir ialah memikirkan tentang kebaikan orang terhadap kita dan kejahatan kita terhadap orang."

"Ilmu pengetahuan tanpa agama akan menjadi pincang, agama tanpa pengetahuan akan menjadi buta."

"Kejayaan tidak pernah berakhir dan kegagalan tidak pernah musnah.  Apa yang penting adalah ketabahan."

"Tuhan memberikan akal kepada manusia, yang membezakan daripada binatang.   Dengan akal, manusia dapat mengenal tuhan, dengan akal juga manusia dapat mempertimbangkan baik dan buruk.  Tanpa akal manusia seperti binatang."   -Hamka-

"Jangan membuang waktu dengan menanti.  Sesungguhnya menanti itu biasanya diiringi dengan kemalasan."    -Internasional-

"Percaya kepada diri sendiri adalah rahsia untuk mencapai kejayaan."   -Ralph Waldo-

"Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari jangan ditangguh esok."   -Pythagoras-

"Tidak semua yang kita ingini mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan."  -Ahmad-

"Ilmu itu iman dan amal itu pengikutnya."  -Imam Al- Ghazali-

"Ilmu itu di dalam dada bukan di tulisan."  -Hukama-

"Siapa yang tidak dapat memimpin dirinya sendiri, tidak akan mampu untuk memimpin orang lain."   -Walter b. Pitkin-

"Akal adalah alat hidup dan pedoman fikiran manusia tetapi ia terbatas di dalam lapangannya.Ada beberapa perkara dalam hidup yang tidak dapat kita faham, tetapi dapat dirasa menerusi
  hati."   -Voltaire-

"Walaupun tiada seorang yang melihat apa yang anda kerjakan ketahuilah bahawa tuhan melihatnya.   -Anomin-

"Perasaan merendah diri itu sangat aneh.  Ketika merasa yang kita mempunyainya, kita kehilangannya."   -E.b.Hulse-

"Yang penting ialah apa yang terjadi dalam diri kita bukan kepada diri kita."   -Allston-

"Hadapilah sesuatu apabila ianya mendatang.  Tetapi cuba jadikan sesuatu supaya ia datang seperti mana anda suka menghadapinya."  Emily Dickinson-

"Kita tidak pernah menyedari betapa baiknya peringatan kita sehinggalah kita cuba melupakan sesuatu."  -Franklin D. Jones-

"Saat itu mungkin sekejap sahaja, tetapi peringatannya adalah buat selama-lamanya."
 -Bud Meyer-

"Dia yang tidak boleh memaafkan orang lain akan menjahanamkan jambatan yang mesti
  dilaluinya sendiri.  -George Herbert-

"Optimission, cheerful, never-failing assurance in the outcome of every undertaking is one of the most powerful aids to success.   -Emerson-

"Consider how had it is to change yourself and you will understand what little chance you have trying to change others." 
 -Voltaire-

"It is only the ignorant who despise education."  -Publicius Syrus-

 

Ahad, 19 Jun 2011

CONTOH RESUME LENGKAP YANG TERKINI

INFO YANG ANDA PERLU TAHU UNTUK MEMBINA SATU RESUME YANG LENGKAP

Maklumat Peribadi (Personal Information)

Maklumat peribadi adalah merangkumi nama, alamat, nombor telefon dan e-mail. Anda boleh juga memasukkan profail ringkas yang merangkumi objektif kerjaya anda. Pastikan bahawa maklumat peribadi adalah ringkas. Tak payah nak masukkan info yang tidak relevan seperti warna rambut, status, tempat lahir, jumlah anak, jumlah isteri, opsss…terlebih sudah..
Tolong simpan huraian lanjut anda untuk bahagian yang lebih penting.

Hobi/ Aktiviti Masa Lapang (Interests/ Hobbies)

Majoriti majikan gemar mengambil calon yang mempunyai keseimbangan dalam kerjaya dan hidup. Menerangkan apa yang ada buat di masa senggang dapat menolong future employer menilai karektor anda. Adakah anda seorang yang suka menyertai kerja – kerja amal? Gemar fotografi? Menyelam? Penulisan kreatif? Sebutkan.
Hobi yang dinyatakan tidak semestinya berkaitan dengan kerjaya anda. Malah anda juga boleh memilih untuk tidak menyertakan maklumat berkaitan hobi.

Pendidikan dan Kelayakan Profesional (Education and Professional Qualifications)

Masukkan maklumat yang paling terkini sahaja. Misalnya, anda baru sahaja tamat pengajian ijazah. Maklumat tersebut adalah mencukupi, ditambah dengan maklumat sekolah menengah. Tak payah letak maklumat sekolah rendah, tadika dan taska. Sekiranya anda berkeras jugak (degil sungguh) nak letak maklumat sekolah rendah sebab anda lompat darjah dua kali (pandainyeeee… anak sape ni..), anda boleh berkongsi maklumat tersebut semasa temuduga, itupun sekiranya diperlukan. Bukan dalam resume.
Maklumat kelayakan profesional adalah kursus – kursus yang pernah anda ikuti atau persijilan (certification) tambahan yang anda perolehi. Misalnya, kursus keusahawanan, Six Sigma, LCCI cerification, kursus andaman dan sebagainya.

Ingat!
Hanya letakkan kelayakan profesional yang berkaitan dengan jawatan kosong yang anda pohon sahaja. Jangan beria – ia nak masukkan semua maklumat sampaikan kursus kahwin pun nak dimasukkan.

Skil/ Kemahiran (Skills)
Sertakan ringkasan skil: kemahiran mengunakan aplikasi komputer, book keeping, kelajuan menaip, project management, menggubah bunga, penyediaan western food, dan sebagainya.

Ingat!
Hanya letakkan skil yang paling relevan dengan kerjaya anda sahaja. Kalau apply untuk kerja network engineer , jangan letak ‘mahir menjahit cross-stitch‘. Kena baling ngan telur busuk.

Bahasa (Language)
Letakkan seberapa banyak bahasa utama yang anda tahu, berserta tahap penggunaan. Sekiranya anda tahu bahasa asing seperti bahasa Jepun atau Perancis, pastikan maklumat tersebut turut disertakan.
Contoh:

Language
Spoken
Written
English
8
10
Malay
10
10
Mandarin
8
6
Arab
10
7

Kriteria bahasa adalah lebih mudah dibaca dalam bentuk jadual. Pilihan jadual juga mempelbagaikan kandungan resume anda supaya tidak nampak mendatar.

Pengalaman Kerja (Working Experience)

Maklumat yang paling penting dalam penulisan resume anda adalah pengalaman kerja. Mengapa?
• perkara pertama yang akan dipertimbangkan oleh majikan.
• membezakan antara yang experienced dan fresh graduate .
• memutuskan sama ada anda mampu memikul tanggungjawab yang lebih berat.
• menentukan basic salary anda (fuiyo! penting tu).
So camane nak start cerita pasal working experience nih?
  • The best would be in reverse chronological order (didahului dengan pengalaman kerja yang paling akhir). Semasa temuduga juga, majikan akan lebih menekankan soalan yang berkaitan dengan pengalaman kerjaya anda yang terkini.
  • Nyatakan tarikh (tahun/ bulan) bila anda bermula dan mengakhiri setiap kerjaya. Pastikan tiada ruang kosong atau jarak yang lama di antaranya. Sekiranya ada, pastikan anda boleh menyatakan sebabnya apabila disoal semasa temuduga kelak.
  • Terangkan dengan jelas tentang tugas dan tanggungjawab anda untuk setiap kerjaya. Tekankan skil yang paling relevan dengan kerjaya yang anda pohon. Anda boleh menggunakan beberapa perkataan yang power untuk memberikan professional feel kepada penulisan resume anda.
  • Hadkan pengalaman kerja anda kepada tiga yang terakhir. Lima paling maksima. Sekiranya anda nyatakan lebih dari itu, majikan mungkin akan mendapat tanggapan bahawa anda suka job hopping (bertukar – tukar kerja).
Fresh graduates : Anda boleh abaikan bahagian ini. Tapi jangan lupa menyatakan tentang kursus atau praktikal yang pernah anda ikuti sekiranya ada.

Pencapaian dalam Kerjaya (Accomplishments)

Fikirkan. Apakah yang akan membezakan penulisan resume anda dengan yang lain? Calon lain pun ada skil yang diperlukan, calon lain pun ada beberapa tahun pengalaman, calon lain pun ada rujukan yang baik. Jadi apa yang anda boleh buat untuk membezakan atau menaikkan taraf resume anda daripada mereka?
Jawapannya adalah: pencapaian anda dalam bidang kerjaya
Inilah kriteria penghulu dalam penulisan sebuah resume. Biasanya diletakkan selepas atau digabungkan dengan kriteria Working Experience. Sekiranya kriteria ini dihuraikan dengan baik (dan segala aspek resume yang lain dipatuhi), saya jamin bahawa kemungkinan anda dipanggil temuduga adalah 110%. Begitulah kuatnya impak Accomplishments. It can work wonders.
Tetapi jarang sekali saya lihat kriteria di atas dititik beratkan oleh calon.
Pencapaian dalam kerjaya bermaksud pencapaian atau sumbangan anda yang ketara semasa bertugas. Ia mungkin dalam bentuk keuntungan, penjimatan, pembaik pulihan, pengiktirafan, anugerah dan sebagainya.
Lihat dua contoh di bawah:

Contoh A
Prepared training modules for new hires
Contoh B
Developed comprehensive training modules (Softskill & Product Knowledge) for new hires that lead to 32% increase in service level

Nampak tak perbezaan antara A dan B? Kedua – duanya menerangkan perkara yang sama tetapi ayat B mempunyai 3 kekuatan:
  1. pengunaan perkataan yang power – developed, comprehensive
  2. penerangan yang lebih fokus – softskill & product knowledge
  3. pencapaian – that lead to 32% increase in service level
Ayat manakah yang anda rasa akan menarik perhatian bakal majikan? Tepuk dada dan tanyalah selera.

Rujukan (Referees)

Maklumat berkaitan dengan orang yang boleh menjadi rujukan anda. Jumlah optimum adalah empat orang. Dua dari bidang akademi, dua dari bidang pekerjaan. Maklumat yang perlu ada adalah nama, jawatan, syarikat dan nombor untuk dihubungi. Tempoh perkenalan adalah tidak perlu.

Penting!
Mintak izin dulu ye? Jangan memandai nak sumbat maklumat orang lain sesuka hati korang. Pentingnya meminta izin adalah supaya rujukan anda bersedia untuk bekerjasama sekiranya dihubungi oleh bakal majikan anda.
Bukan semua syarikat memerlukan rujukan. Jadi, anda boleh memilih untuk tidak menyertakan rujukan. Sekiranya diperlukan, maklumat rujukan boleh diberikan semasa temuduga atau diisi dalam borang temuduga.

Gaji (Salary)

Gaji sekarang (current salary)
Ada yang suka menipu dengan meletakkan amaun yang lebih tinggi untuk current salary, dengan harapan akan mendapat expected salary yang diinginkan. Ketahuilah bahawa majoriti syarikat akan meminta slip gaji terakhir sebelum menawarkan anda kerja. Kalau terbukti anda menipu, lupakan saja peluang anda untuk menjawat jawatan tersebut. Dengan kata lain, anda kantoi.
Gaji yang dikehendaki (expected salary)
Expected salary mestilah setimpal dengan kelayakan dan pengalaman anda. Setiap kali anda bertukar kerja, secara kasarnya anda boleh menaikkan expected salary dengan penambahan RM500 – RM2000 (pastikan setimpal dengan pengalaman). Atau gunakan prinsip kenaikan 30% – 50% dari gaji lama.
Jangan sekali – kali meletakkan gaji yang spesifik. Nyatakan lingkungan gaji yang dikehendaki sahaja.
Jangan lupa letakkan terma ‘Negotiable’ atau yang seangkatan dengannya. All the little details count! Terma ini menggambarkan bahawa gaji yang anda kehendaki masih boleh dirundingkan semasa proses temuduga nanti.

Contoh:
Expected Salary
RM2500 – RM3200 (Negotiable)
RM3200
RM2500 – RM3200 (Nego)
RM2500 – RM3200 (Negotiate)
Salary is fully negotiable
Salary is negotiable, depending on the responsibilities of the position.

More info and application --> http://www.jobsmalaysiaonline.com/2011/05/contoh-resume-yang-lengkap 

                                                  terkini.html#ixzz1Pify72cB


Jumaat, 17 Jun 2011

TUN MAHADHIR , PEDANA MENTERI MALAYSIA YG BERTARAF DUNIA

TUN MAHADHIR ,
PEDANA MENTERI MALAYSIA YG BERTARAF DUNIA

Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Puterakepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi inidilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan JalanPegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan anak bongsu dikalangan sembilan orang adik-beradik. Dr.Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak padatahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah diGoverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej SultanAbdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusanSenior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945.

Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura. Semasa di Kolej,beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain. Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S)dari University of Malaya. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih diHospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagaiPegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis
Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicene berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat yang terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata iaitu Marina (kiniDatin Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz ( kini Datuk Mukriz), Maizura dan Mazhar.
Pada tahun 1957, setelah tamat kontraknya dengan kerajaan, Dr.Mahathir dengan bantuan dan kerjasama Dr. Siti Hasmah telah membuka klinik persendirian yang bernama Klinik MAHA, di JalanTunku Ibrahim, Alor Setar. Klinik MAHA merupakan klinik Melayu pertama di Negeri Kedah. Selain daripada perkhidmatan perubatan,klinik MAHA juga telah menjadi pentas untuk beliau menjalankan aktiviti-aktiviti perkhidmatan komuniti setempat. Keperihatinan beliau terhadap masalah ekonomi dan politik Melayutelah diluahkan dalam bentuk rencana-rencana yang diterbitkan oleh Sunday Times di bawah nama pena 'C.H.E Det' antara tahun 1946-1950. Penulisan merupakan satu dari minat Dr. Mahathir hinggalah kehari ini. Pada tahun 1945, semasa beliau masih dibangku sekolah, Dr.Mahathir telah menjadi penyunting Darulaman, majalah rasmi keluaran Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau juga berkhidmat sebagai penyuntingsebuah majalah yang diterbitkan oleh kolej perubatan di mana beliaumenuntut. Kegigihan dan semangat untuk menyuarakan pendapatmelalui penulisan telah menyebabkan beliau menghasilkan pelbagaijenis penerbitan termasuklah buku "Dilema Melayu" yang diterbitkan dalam tahun 1970.

Berikutan daripada pilihanraya itu, Dr. Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Sebagai Menteri Pelajaran, langkah pertama dalam perancangan beliau adalah mengubah polisi pendidikan negara supaya ianya menggambarkan usaha-usaha ke arah menghapuskan kemiskinan dan mewujudkan keadilan untuk semua dan memastikan semua individu diberi peluang membaiki taraf hidup mereka.Sepanjang menjadi Menteri Pelajaran, beliau mengekalkan pembaharuan seperti peluang yang lebih kepada anak Melayu melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi, mengubah kuota kemasukan, dan beberapa kriteria kemasukan ke pusat-pusat tersebut, mengadakan biasiswa dan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Beliau juga bertanggungjawab meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 yang ditentang oleh ahli akademik dan mereka yang terlibat dengan pendidikan.Akan tetapi sebagai seorang yang berdisplin dan tegas beliau berjaya melenyapkan kritikan terhadap polisi-polisi pendidikan. Kini semua pusat pengajian tinggi diuruskan di bawah Panduan Kementerian Pendidikan. Kemenangan beliau di dalam pertandingan kerusi Naib Presiden dalam Perhimpunan Agong UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) tahun1975 telah menyumbang kepada kejayaan politik beliau. Berikutan kembalinya Tun Abdul Razak ke Rahmatullah dan perlantikan TunHussein Onn sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan Presiden UMNO, Dr.Mahathir telah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dimasa yang sama menjadi Timbalan Presiden Parti. Daripada jawatan Menteri Pendidikan, Dr. Mahathir berpindah ke KementerianPerdagangan dan Industri dalam tahun 1978. Beliau juga adalah PengerusiJawatankuasa Pelaburan Kabinet dimana beliau tidak putus-putus menggalakkanperdagangan dan pelaburan asing. Kemenangan Dr. Mahathir dalam pilihanraya umum tahun 1978 telah membolehkan beliau mengekalkan jawatannya di dalam kabinet dan parti.Akhirnya, pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri olehTun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun.
Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" dan merupakan pemimpin yang paling lamamemegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003. Sepanjang 22 tahun beliau memegang jawatan pentadbiran tertinggi negara, banyak kemajuandan pembangunan yang telah beliau rancang dan laksanakan. Walaupun kadangkala cetusan ideadan wawasan beliau kurang difahami, namun hakikatnya beliau merupakan seorang yangberpandangan jauh dan terkehadapan, malah lebih jauh daripada pemikiran orang Melayukhususnya. Dr. Mahathir berjaya mengawal kegawatan ekonomi dengan menambat ringgit kepada dollar Amerika, satu pendekatan yang mendapat kritikan hebat pada mulanya oleh badan kewangandunia seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF).
Terbukti kesannya, Malaysia adalah satu-satunya negara yang berjaya melepaskan diri daripada belenggu kegawatan tersebut tanpa perlu 'mengikat diri' kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh IMF seperti yang berlaku kepada negara-negara lain di Asia. Malah, Pengurus Besar IMF, Horst Kohler, pernah memuji tindakan yang diambil Dr. Mahathir dalam mengawal matawang negara.Dr. Mahathir telah memperkenalkan dasar Persyarikatan Malaysia iaitu suatu dasar dimana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyatnya sebagai pekerja dan pemegang saham. Beberapa agensi kerajaan telah diswastakan untuk meringankan bebebanan kewangan dan kerajaan. Dimasa pentadbirannya banyak syarikat-syarikat utiliti seperti Lembaga Letrik Negara, Jabatan Telekom dan sebagainya, telah disenaraikan sebagai korporat awam. Persyarikatan Malaysia telah Berjaya meningkatkan prestasi, daya pengeluaran serta imej negara. Di antara langkah-langkah lain, ialah peningkatan pembagunan industri berat dan yang penting juga pertukaran teknologi asing kepada teknokrat Malaysia. Salah satu kejayaan didalam gerakan ini ialah penubuhan industri otomatif negara, yang menunjukkan kereta-kereta dan motosikal nasional adalah yang terlaris diMalaysia. Persyarikatan juga bertujuan menjana kerjasama dan bekerja sebagai rakan kongsiantara sektor awam. Dr. Mahathir juga meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikansaham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera dan beberapa sahamamanah dalam porfolio PNB.
(PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera dan beberapa sahamamanah dalam porfolio PNB.Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC). Projek ini ilhamkan dan direalisasikan memandangkan Dr. Mahathir telah sedar akan peri pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa depan. Projek-projek besar yang dibangunkan dan direalisasikan semasa beliau menjadi'CEO' Malaysia antaranya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Jalil, Litar Antarabangsa Sepang, tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij,Formula One dan Menara Berkembar Petronas. Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun yang dikenali dunia. Malah corak pentadbiran dan ketegasan yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir semasa menjadi PerdanaMenteri menyebabkan negara ini disegani dunia. Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia. Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dikalangan negara-negara maju dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau initelah diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja.
1. Dia lah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.
2. Dia juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.
3. Dia jugalah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam diBosnia.

4. Dialah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.
5. Dia jugalah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.
6. Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.
7. Dialah yang digelar Maha Firaun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia.
8. Dialah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.
9. Dialah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH. Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil.
Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..
Bila berbicara soal Tun M, sudah pasti sebak dan berlinang air mata kerana jasa yang dicurahkannya sudah pasti tidak dapat dibalas.


Dialah..
TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia.Terima Kasih Tun , keranamu kini kami generasi pewaris menikmati hasilnya.










Selasa, 14 Jun 2011

ASAS ISLAM

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada kita semua,
Kesemua artikel Asas Islam disambung terus ke JAKIM.



Akidah

Pengenalan

  1. Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat
  2. Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya
  3. Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang dating dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, akidah Islam ialah


KISAH 25 RASUL

Sabtu, 11 Jun 2011

Hebatnya Solat Di Awal Waktu



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Perkara-perkara Bertentangan Islam Dalam Majlis Kenduri Kahwin


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Islam merupakan agama yang mudah dan tidak membebankan. Membicarakan isu majlis kenduri kahwin (walimah) daripada konteks Islam adalah mudah. Isu Islam sebagai agama yang mudah dapat difahami berdasarkan hadis yang berbunyi : “Dari Abu Hurairah r.a, katanya Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya agama (Islam) itu ringan. Barangsiapa memperberat-berat, maka dia akan dikalahkan oleh agama. Oleh kerana itu, kerjakanlah (agama itu) menurut mestinya, atau mendekati mestinya, dan gembiralah (kerana akan beroleh pahala), serta beribadatlah (mohonlah pertolongan Allah) pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Berdasarkan hadis ini, majlis kenduri kawin (walimah) daripada konteks Islam tidaklah memberati para penganutnya dalam urusan pelaksanaannya. Islam menggalakkan penganutnya untuk mengadakan walimah berdasarkan kemampuan. Walaubagaimanapun, Islam begitu mencela perbuatan yang membazir dalam setiap perkara yang dilakukan berdasarkan ayat firman Allah SWT maksudnya :“Berikanlah kepada kaum-kerabat haknya masing-masing dan kepada orang miskin dan orang musafir dan jangalah engkau membazir(boros) dengan melampau (Surah al-Isra' ayat 26)
Terdapat banyak perkara-perkara bertentangan dengan ajaran Islam semasa di adakan majlis kenduri kawin di dalam masyarakat kita. Sebagai seorang muslim-mukmin yang beriman dan bertakwa kita perlulah menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang bertentang dengan ajaran Islam. Jika boleh di elakkan maka elakkanlah semoga kita mendapat keredaan Allah SWT.
Oleh kerana majlis kenduri kawin adalah sebagai satu ibadah (meraikan tetamu dengan majlis jamuan) selepas majlis akad nikah dijalankan, maka perlulah kita berwaspada supaya ibadah yang kita baru tunaikan tidak dicemari dengan kemugkaran dan mendapat kemurkaan Allah SWT.
Perkara-perkara yang bertentangan tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Adakah hantaran belanja termasuk di dalam ajaran Islam?
Setelah merujuk dalil berkenaan perkara ini, sememangnya hantaran belanja tidak termasuk dalam ajaran Islam. Islam hanya meminta seorang lelaki yang ingin mengahwini seorang perempuan untuk membayar maskahwin sahaja. Maskahwin ini boleh terdiri dari emas, wang ringgit atau sekadar bacaan dari al-Quran.
Maskahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah SWT. yang bermaksud : " Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka ". ( Surah An-Nisaa' ayat 4 )
Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud : "Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." ( Hadis Riwayat Bukhari )
Dari hadis di atas nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat sebagaimana diberitakan Rasulullah SAW pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya maskahwin lalu baginda bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau (hafaz ) sedikit daripada ayat al-Quran, lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah kemudian Nabi SAW pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.
Maskahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud: " Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Hadis Riwayat Abu Daud )
Dan sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud: "Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". ( Hadis Riwayat Ahmad )
Maskahwin ini yang bakal diterima oleh bakal isteri menurut ulama tidak boleh diambil oleh ibu bapa wanita atau oleh bakal suaminya. Maskahwin ini tidak boleh digunakan untuk majlis jamuan makan kenduri kahwin tanpa kebenaran anak perempuan yang berkahwin.
Hantaran belanja yang kini mencecah belasan ribu ringgit Malaysia adalah tambahan adat Melayu yang bukan untuk memudahkan proses berkahwin tetapi sebenarnya adalah untuk menyusahkan orang yang ingin berkahwin.
Jika hantaran tidak terlalu tinggi dan bersesuaian dengan keadaan semasa dan pihak lelaki berkemampuan membayarnya tidaklah menjadi satu kesalahan dan ianya diharuskan.
Kedua : Adakah bersanding merupakan ajaran Islam?
Setelah dikaji dari sumber yang sahih dari hadis dan sunnah, sememangnya adat ini juga tidak bersumber dari ajaran Islam. Ia lebih bersumberkan ajaran dari agama Hindu. Malahan adat tepung tawar , beras kunyit yang berasal dari ajaran Hindu masih lagi dikekalkan pada hari ini.
Apa yang berlaku semasa majlis bersanding ini lebih kepada pembaziran dan sesungguhnya didalam al-Quran , Allah SWT menyatakan bahawa orang yang membazir adalah saudara syaitan. Kerana kos yang tinggi akan digunakan untuk menyiapkan pelamin dan peralatannya sedangkan wang tersebut tidak perlu dibazirkan di atas perkara yang tidak berfaedah.
Walaupun niat kita mengadakan upacara persandingan dengan niat yang baik iaitu untuk meraikan pasangan pengantin, namun sekiranya upacara itu dicemari oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan agama Islam, maka secara tidak langsung upacara tersebut salah disisi agama.
Menurut Prof. Yusof Qardhawi di dalam bukunya Fatwa Mu’asirat dan Halal dan Haram fil Islam, halaman 36. : “Niat yang baik tidak akan menghalalkan yang haram”
Jika terdapat majlis makan berdamai semasa majlis kenduri kahwin di antara pengantin lelaki dan perempuan dan keluarga kedua-dua pihak maka majlis seperti ini dibolehkan kerana mendatangkan kebaikan untuk mengeratkan silaturahim di antara dua keluarga yang baru berkenal-kenalan.
Berinai adalah salah satu amalan semasa majlis perkahwinan. Inai bagi perempuan dibolehkan kerana tiada larangan dan wanita-wanita di zaman salaf berinai dan Nabi SAW tidak menegahnya, malah menyuruhnya, dari Aisyah ra : "Nabi SAW melihat tangan di sebalik tirai dan berkata, "Apakah ini tangan lelaki atau perempuan?" maka dikatakan itu tangan perempuan, maka Nabi SAW pun bersabda maksudnya : " Jika kamu seorang perempuan, pasti kamu akan mengubah warna kuku kamu (dengan inai).”
(Hadis RiwayatAbu Daud, 4166) dan (Hadis Riwayat Nasa’i 5092)
Walau bagaimanapun berinai dengan daun inai atau sebagainya, pada dua tangan dan kaki, bagi kaum lelaki hukumnya adalah haram. Di antara dalil yang mengharamkan lelaki berinai ialah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim: Daripada Anas dia berkata: “Bahawa Nabi SAW melarang kaum lelaki memakai za’faran (kuma-kuma).” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ketiga : Wajarkah menyediakan tepak sirih dan sirih junjung?
Pada zaman dahulu rombongan pengantin lelaki membawa tepak sirih dan sirih junjung adalah bertujuan semoga semua ahli rombongan dan pihak tuan rumah dapat bersama-sama makan sireh, maklumlah majoriti orang zaman dahulu memang makan sireh. Apa perlunya pada zaman sekarang? Beli sireh, upahkan orang menyusunnya, usung ke hulu dan ke hilir sebagai tontonan dan akhirnya dibuang begitu sahaja! Adalah jauh lebih baik rombongan pengantin lelaki membawa makanan atau buah-buahan sebagai hadiah kepada pihak pengantin perempuan. Sirih junjung dikira sebagai barang membazir dan menyusahkan sahaja.
Keempat : Apakah sebenarnya tujuan pengantin perempuan bersolek (berlebih-lebihan) di majlis perkahwinan ini?
Di samping itu, perbuatan andaman yang berbentuk “li tadlis” mengabui atau merubah kecantikan yang sebenar juga dilarang sama sekali dalam Islam malah ianya adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis riwayat Muslim. Dari Abdullah Ibn Mas’ud r.a katanya : "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah.”
Apa yang jelas dari bersolek adalah satu dosa kerana termasuk dalam "Tabarruj" dan melakukan sesuatu untuk mendapat pujian adalah riak. Semua perkara ini adalah perbuatan mungkar yang membawa dosa dan dilarang oleh Allah SWT . Jika bersolek sekadarnya dan tidak nampak bedak yang tebal dan tiada perhiasan yang berlebihan tidaklah dilarang.
Kelima : Apakah tujuan membuat majlis kenduri kahwin ini?
Berdasarkan Islam, sepatutnya majlis perkahwinan ini dilakukan bertujuan:
Mengadakan majlis walimah untuk pernikahan sepasang pengantin merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah SAW kerana dengan adanya majlis walimah, sesuatu perkahwinan itu boleh diumumkan kepada khalayak, demikian juga para tetamu undangan boleh menghadirinya sambil bersilaturrahim dan mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin. Ia juga sebagai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberikan rahmatnya iaitu seorang menantu dan tanda kesyukuran ini ialah dengan menjamu tetamu makan terutama sekali yang miskin.
Islam mengajarkan umatnya untuk mendahulukan orang fakir miskin. Hal ini dijelaskan Rasulullah dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan Bukhari bermaksud: “Seburuk-buruk makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang kaya, orang fakir dan miskin tidak diundang untuk makan bersama.”
Pada masa kini, majlis perkahwinan diserikan lagi dengan berbagai hiburan, hiburan di dalam Islam dibolehkan berdasarkan hadis riwayat Bukhari daripada Aisyah r.ha bahawa seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka baginda bersabda maksudnya : "Wahai Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan."
Dalam hadis yang bertaraf ‘hasan’ yang diriwayatkan oleh al-Nasai dan al-Tirmizi, baginda bersabda maksudnya :" Perbezaan antara yang halal dan yang haram adalah kompang dan suara dalam perkahwinan. Maksudnya perkahwinan yang halal dilakukan secara terbuka dan diisytiharkan. Berbeza dengan perzinaan.”
Berdasarkan dalil-dalil ini, dapatlah diketahui bahawa Islam tidak melarang bentuk hiburan. Hiburan dalam Islam dilihat sebagai suatu keizinan untuk menenangkan diri dan menghiburkan hati yang gundah-gulana. Hiburan yang tidak bertentangan dengan Islam adalah alunan nasyid yang memuji kebesaran Allah SWT dan berbentuk doa dan mempromosikan akhlak Islam. Hiburan yang berbentuk karaoke campuran lelaki dan perempuan adalah dilarang.
Sahabat yang dimuliakan,
Islam menyarankan majlis kenduri kahwin (walimah) hendaklah diadakan cara yang sederhana tetapi meriah. Tidak membebankan kedua-dua pihak lelaki dan perempuan. Jika kurang berkemampuan adakan majlis yang sederhana sahaja dan perlu mengundang saudara mara yang terdekat , jiran tetangga dan sahabat-sahabat yang rapat sahaja. Tidak perlulah berhutang dan bergolok bergadai semata-mata untuk mencari kemegahan dan riak sedangkan cara seperti ini dilarang dan ditegah oleh agama.
Kenapa perkahwinan umat Islam sekarang ini tidak kekal dan berlaku penceraian walaupun umur perkahwinan tidak sampai setahun? Sedangkan kos perbelanjaan perkahwinan telah dihabiskan puluhan ribu ringgit. Puncanya adalah tidak terdapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT kerana terdapat banyak unsur maksiat dan dosa semasa dilangsungkan majlis perkahwian tersebut. Oleh itu perlulah kita buangkan adat-adat melayu lama yang bertentangan dengan syariat Islam seperti adat bersanding, hiburan yang mendatangkan dosa dan mengelakkan pembaziran dengan menyediakan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Majlis prkahwinan adalah ibadah, pastika kita tidak melaggar batas-batas syarak yang di benarkan oleh Allah SWT.

Ahad, 5 Jun 2011

INFO MENARIK TENTANG KOMPUTER

INFO MENARIK TENTANG KOMPUTER


Komputer merupakan satu mesin yang menerima data(input) dan kemudiannya memprosesnya menjadi maklumat berguna dan disimpan dalam storan sekunder untuk kegunaan masa hadapan atau dikeluarkan melalui printer dll(output)

Komputer sebenarnya berasal dari bahasa latin computare yang bermakna menghitung kerana luasnya bidang garapan ilmu komputer, para pakar dan peneliti sedikit berbeza dalam mendefinasikan termininologi komputer

Kelas-kelas komputer:

# Komputer Mikro (Micro Computer)
# Komputer Mini (Mini Computer)
# Kerangka Utama (Mainframe)
# Komputer Super (Super Computer)

Kenali sejarah komputer...

Sejarah bermulanya perkembangan dunia komputer apabila proses pengiraan itu wujud dalam aktiviti seharian manusia dari pengunaan jari manusia sehinggalah kepada alat mengira,maka terciptalah alat yang mampu melaksanakan asas pengiraan iaitu tambah, tolak dan darab. Sejarah perkembangan komputer sebenarnya telah lama bermula sejak tahun 1940 lagi dan ianya terbahagi kepada empat generasi komputer:

Generasi Pertama-Tub hampagas ( 1942 - 1958 )
1. Menggunakan teknologi tiub hampagas (vakum).
2. Berupaya memproses beberapa ribu arahan sesaat,lebih pantas daripada pergerakan alat mekanik.
3. Berupaya menyimpan 10,000 - 20,000 aksara.
4. Menggunakan ingatan teras magnet. Teras magnet adalah gelang-gelang logam yang amat kecil dan boleh memberikan kuasa magnet melalui satu dari dua arah.

Generasi Kedua-Transistor (1959 - 1964)

1. Menggunakan transistor menggantikan tiub hampa gas.
2. Dicipta oleh tiga saintis di Bell Laboratories, iaitu J. Bardeen, H. W. Brittain dan W. Shockley.
3. Transistor adalah sebuah alat elektronik yang kecil di mana fungsinya adalah untuk memindahkan isyarat-isyarat elektrik melalui perintang.
4. Keserasian terhad. Atur cara yang ditulis untuk satu komputer perlu diubah untuk dilaksanakan pada komputer lain.
5. Menggunakan hanya pita untuk storan yang boleh memproses secara jujukan sahaja.
6. Menggunakan bahasa aras rendah iaitu bahasa simbolik.
7. Lebih kecil, ringan, murah tahan lama dan mudah digunakan.
8. Bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi atau bahasa perhimpunan (assembly language) seperti FORTRAN dan COBOL.

Generasi Ketiga-Litar Elektrik (1964 - 1970)

1. Menggunakan teknologi litar bersepadu yang terdiri daripada beribu-ribu transistor yang diletakkan pada kepingan silikon.
2. Atur cara lebih serasi.
3. Bermulanya konsep multi pengaturcaraan. Beberapa pengguna berkongsi mesin. Istilah baru perkongsian masa.
4. Bermulanya pemprosesan rawak dengan penggunaan cakera magnet.
5. Lebih kuat, utuh dan padat.
6. Bahasa pengaturcaraan dihasilkan seperti BASIC dan Pascal.

Generasi Keempat (1971 -1999)

1. Penggunaan litar bersepadu berskala besar. Istilah yang digunakan ialah Penyepaduan Skala-Besar (Large-Scale Intergration ataupun LSI).
2. Penggunaan mikro pemprosesan pada satu serpihan.
3. Dengan pengenalan storan maya, atur cara yang bersaiz beberapa kali saiz ingatan mesin boleh dilaksanakan.
4. Pengenalan kepada cakera padat ingatan baca sahaja (Compact Disc Read Only Memory
( CD ROM )).
5. Ingatan utama komputer menjadi lebih cekap, pantas dan besar.

Generasi Kelima ( 2000 sehingga kini)

1. Lebih canggih, lebih murah, lebih pantas dan lebih hebat daripada yang sedia ada dan kemampuan 'melihat', 'mendengar', 'bercakap', dan 'berfikir' seperti manusia-kepintaran buatan.
2. Memiliki kecerdikan buatan iaitu setakat mana manusia membuat komputer itu cerdik.
3. Melaksanakan tugas secara selari berbeza dengan caranya sekarang dan membolehkan tugas diselesaikan serentak.
4. Lebih cepat dan lebih kuasa untuk membuat penaakulan, belajar dan membuat kesimpulan.

Sejarah Internet

Sekitar tahun 1960-an,penyelidik-penyelidik mula mencari jalan bagaimana untuk menghubungkan komputer-komputer yang bertaburan di seluruh Amerika Syarikat.Satu pendekatan yang dicadangkan ialah dengan menggunakan perhubungan melalui telefon.Projek tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Advanced Research Project Agency(ARPA),Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.

Pendekatan tersebut menampakkan kejayaan,maka,era rangkaian komputer pun bermula.Kemudiannya ia dikenali sebagai ARPAnet.Rangkaian ini membolehkan berlakunya perkongsian data dan maklumat dengan pantas dan lebih senang.Terdapat banyak lagi projek rangkaian lain yang berfungsi dengan menggunakan sistem tersendiri seperti NSF iaitu National Science Foundation,MILNET dan sebagainya.Perkembangan sistem ini berubah begitu cepat dan pantas.

Pada tahun 1970-an,ARPA membina peraturan atau protokol bagi tujuan penghantaran data antara rangkaian komputer yang berbeza.Protokol internet membolehkan semua komputer seluruh dunia dihubungkan antara satu sama lain.

Pada tahun 1980-an,hubungan ini yang kemudiannya dikenali sebagai internet berkembang dengan begitu pesat dan kini internet telah pun menjadi sebahagian budaya serta aktiviti harian penduduk seluruh dunia.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT)

Teknologi maklumat mewakili komputer masa kini yang mampu memasukkan, memaparkan dan menghasilkan maklumat yang berguna kepada penggunanya dengan cepat,tepat dan terkini terutamanya dengan kewujudan rangkaian internet seluruh dunia. Komputer terdahulu tidak mampu menjadi betul-betul teknologi maklumat kerana tidak mempunyai teknologi capaian maklumat seperti sekarang.Manakala teknologi komunikasi pula merangkumi teknologi dalam perhubungan berwayar dan tanpa wayar untuk memudahkan komunikasi berlaku sehingga wujud komunikasi mudah dan pantas seluruh dunia.maka,ICT merangkumi kejuruteraan perisian dan sistem(elektronik),multimedia,kepintaran buatan,rangkaian,sistem maklumat pengurusan dan sebagainya. yang penting dalam urusan harian masa kini.Bidang ICT mampu memberi peluang pekerjaan yang pelbagai kepada yang menceburinya,anda bukan sahaja boleh menjadi jurutera komputer tapi seorang ahli peniagaan atau jika anda memiliki kemahiran dalam multimedia,anda juga boleh menjadi perekabentuk multimedia.Itulah kelebihan bidang ICT yang mampu mempelbagaikan lagi rezeki kepada yang mereka yang menceburinya,asalkan anda memiliki kemahirannya.Jadi,isu pengganguran tidak timbul,jika anda memenuhi syaratnya serta pandai menggunakan peluang yang anda.Jika anda ingin menceburi bidang ini terutamanya dalam peniagaan,anda di nasihat menceburinya dalam kejuruteraan(pembuatan,elektronik dan perisian) dan multimedia,menjanjikan peluang masa kini dan hadapan.

Sabtu, 4 Jun 2011

mulakan dengan nama ALLAH


DOA SELAMAT


ALLAAHUMMA INNAA NAS ALUKA SALAAMATAN FIDDIINI, WA AFIATAN FILJASADI WAZIAADATAN FIL'ILMI WABARAKATAN FIR RIZQI WATAUBATAN QOBLALMAUT, WAROHMATAN INDAL MAUUT, WAMAGHFIROTAN BA'DALMAUUT. ALLAHUMMA HAWWIN ALAINA FISAKARAATIL MAUTI WANNAJAATA MIN NANNAAR, WAL'AFWA INDAL HISAAB. RABBANA LAA TUZIGHQULUBANNA BA'IDADZHADAITANAAWAHABLANAA MINLADUNKA RAHMATAN INNAKA ANTAL WAHHAB.ROBBANAA AATINAA FIDDUNYA HASANATA WAFILAKHIRATI HASANATAN WAQINAA ADZAABANNAR

ARTINYA : " Ya Allah, kami mohon kepada Mu keselamatan agama, kesihatan jasmani, bertambah ilmu dan berkah rezeki, Dapat bertaubat sebelum mati, mendapat rahmat ketika mati dan memperoleh keampunan setelah mati. Ya Allah, mudahkanlah kami pada gelombang sakaratul maut, dan lepaskanlah dari api neraka dan mendapat kemaafan ketika dihisab- nya. Ya Allah janganlah digoncangkan hati kami setelah mendapat petunjuk, berilah kami rahmat. Engkau maha pemberi. Ya Allah berilah kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, peliharalah kami dari azab api neraka ".