Selasa, 21 Jun 2011

MADAH



Disini saya ingin berkongsi dengan anda beberapa madah puitis,yang mungkin dapat menyegarkan minda atau jiwa yang kacau menjadi tenteram.Setiap madah puitis mempunyai maksud yang mendalam jika kita mengerti akan maknanya.Sebenarnya saya sendiri pun tak pandai nak bermadah dan sewaktu saya melayari internet saya terjumpa beberapa madah yang agak menarik atau mungkin juga terbaik.Sekiranya anda terbaca artikal ini saya mengharapkan anda memahami dan memperatikkannya supaya anda  lebih bahagia,lebih ceria dan lebih bijaksana.


MADAH PUITIS


"Perjalanan hidup ini tidaklah seindah impian dan harapan.  Seandainya kita menyedari hakikat kehidupan pasti diri kita tidak tenggelam dalam khayalan.Impian dan harapan yang keterlaluan sehingga lupa pada qada dan qadarnya."

"Orang yang berakal tidak berduka hati kerana kedukaan hati tiada faedahnya.   Banyak duka mengaburkan akal.  Tiada ia sedih kerana kesedihan tidaklah memperbaiki perkara yang telah
  terlanjur kerana banyak kesedihan mengurangi akal."

"Berlumba-lumbalah kamu mencari ilmu pengetahuan bererti kamu berlumba-lumba mencari kesenangan hidup dan berbahagia di hari muka."

"Orang tidak akan menyegani kamu kerana harta kamu sebaliknya orang menyenangi kamu kerana ilmu pengetahuan kamu itu."

"Untuk membina sebuah persahabatan terkadang mengambil masa bertahun-tahun lamanya.Tetapi untuk memusnahkannya terkadang waktu tidak sampai sesaat pun.  Untuk itu jujur dan ikhlas adalah kunci dalam setiap persahabatan."

"Orang yang berilmu hadir dalam kelompok manusia yang jahil umpama setitik air hujan yang
  jatuh di atas tanah yang gersang."

"Kejayaan itu adalah milik semua orang.  Pengorbanan, masa dan sentiasa mengambil peluang untuk berusaha bersungguh-sungguh adalah jalan kearah destinasi kejayaan.Ingatlah jika kita tidak tahu ke mana arah yang hendak dituju, maka kita seperti daun kering yang di terbangkan oleh angin."

"Orang yang paling dibenci ALLAH ialah orang yang suka bersengketa."

"Orang yang banyak berkata akan banyak silap dan orang yang banyak silap akan banyak dosa dan orang yang banyak dosa adalah neraka lebih layak untuknya."

"Barangsiapa memaafkan kesalahan orang islam, nescaya dimaafkan ALLAH kesalahannya di hari kiamat."

"Insan yang sentiasa berurusan dengan jalan ALLAH sentiasa merasakan hidup ini terlalu mudah dan indah.  Sesuatu halangan itu tidak dianggap sebagai masalah sebaliknya sebagai dugaan ALLAH untuk menguji iman mereka."

"Kawan setia sukar dicari tetapi apabila kamu sudah menjumpainya, pastikan kamu tidak kehilangannya."

"Nafsu mengatakan perempuan cantik atas alasan rupanya, akal mengatakan perempuan cantik atas alasan ilmunya, Hati mengatakan perempuan cantik atas alasan akhlaknya."

"Sebaik-baik berfikir ialah memikirkan tentang kebaikan orang terhadap kita dan kejahatan kita terhadap orang."

"Ilmu pengetahuan tanpa agama akan menjadi pincang, agama tanpa pengetahuan akan menjadi buta."

"Kejayaan tidak pernah berakhir dan kegagalan tidak pernah musnah.  Apa yang penting adalah ketabahan."

"Tuhan memberikan akal kepada manusia, yang membezakan daripada binatang.   Dengan akal, manusia dapat mengenal tuhan, dengan akal juga manusia dapat mempertimbangkan baik dan buruk.  Tanpa akal manusia seperti binatang."   -Hamka-

"Jangan membuang waktu dengan menanti.  Sesungguhnya menanti itu biasanya diiringi dengan kemalasan."    -Internasional-

"Percaya kepada diri sendiri adalah rahsia untuk mencapai kejayaan."   -Ralph Waldo-

"Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari jangan ditangguh esok."   -Pythagoras-

"Tidak semua yang kita ingini mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan."  -Ahmad-

"Ilmu itu iman dan amal itu pengikutnya."  -Imam Al- Ghazali-

"Ilmu itu di dalam dada bukan di tulisan."  -Hukama-

"Siapa yang tidak dapat memimpin dirinya sendiri, tidak akan mampu untuk memimpin orang lain."   -Walter b. Pitkin-

"Akal adalah alat hidup dan pedoman fikiran manusia tetapi ia terbatas di dalam lapangannya.Ada beberapa perkara dalam hidup yang tidak dapat kita faham, tetapi dapat dirasa menerusi
  hati."   -Voltaire-

"Walaupun tiada seorang yang melihat apa yang anda kerjakan ketahuilah bahawa tuhan melihatnya.   -Anomin-

"Perasaan merendah diri itu sangat aneh.  Ketika merasa yang kita mempunyainya, kita kehilangannya."   -E.b.Hulse-

"Yang penting ialah apa yang terjadi dalam diri kita bukan kepada diri kita."   -Allston-

"Hadapilah sesuatu apabila ianya mendatang.  Tetapi cuba jadikan sesuatu supaya ia datang seperti mana anda suka menghadapinya."  Emily Dickinson-

"Kita tidak pernah menyedari betapa baiknya peringatan kita sehinggalah kita cuba melupakan sesuatu."  -Franklin D. Jones-

"Saat itu mungkin sekejap sahaja, tetapi peringatannya adalah buat selama-lamanya."
 -Bud Meyer-

"Dia yang tidak boleh memaafkan orang lain akan menjahanamkan jambatan yang mesti
  dilaluinya sendiri.  -George Herbert-

"Optimission, cheerful, never-failing assurance in the outcome of every undertaking is one of the most powerful aids to success.   -Emerson-

"Consider how had it is to change yourself and you will understand what little chance you have trying to change others." 
 -Voltaire-

"It is only the ignorant who despise education."  -Publicius Syrus-

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan