Selasa, 1 Disember 2015

SEJARAH JOHOR DAN JAJAHAN TAKLUKNYA

NamaJohorberasal dari perkataan Arab, jauhar yang bermaksud batu permata. Sebelum nama Johor dipakai, kawasan dari selatan sungai Muar hingga ke Singapura dikenali sebagai Ujung Tanah diambil sempena lokasinya di penghujung sememanjung Tanah Melayu. Bukan sekadar itu, Johor juga merupakan penghujung paling selatan daratan Asia. Sejarah Johor moden bermula seawal abad ke-16 setelah pembukaan sebuah negeri baru oleh Sultan Johor, anak kepada Sultan Mahmud Shah, sultan terakhir kerajaan Melayu Melaka yang melarikan diri dari serangan Portugis.
Kerajaan Johor berjaya mengembangkan ekonominya dan menjadi kuasa politik terpenting sesuai dengan lokasinya di laluan perdagangan timur-barat. Di zaman kegemilangan Johor, negeri ini pernah menjadi sebuah empayar besar yang mana kekuasaannya mewarisi sebahagian jajahan takluk Melaka. Empayar Johor termasuklah sampai ke Terengganu di semenanjung, kepulauan Riau-Lingga dan sebahagian pantai timur Sumatera. Bagaimanapun, Johor gagal membebaskan Melaka biarpun telah berperang dengan Portugis selama 130 tahun sepanjang penjajah itu menguasai Selat Melaka.
Sejarah Johor sejak penghujung tahun 1500an hingga penghujung 1600an banyak diwarnai dengan pelbagai cabaran dalam mengekalkan kuasa politik dan ekonominya di rantau ini. Ia berhadapan dengan kebangkitan Acheh di utara Sumatera dan kuasa penjajah Portugis di Melaka. Tidak setakat itu, Johor juga menghadapi tentangan dari dalam negeri apabila kekuasaannya di Sumatera sering dicabar.
Dalam menghadapi Portugis di Melaka, Johor pernah berkerjasama dengan beberapa buah negeri Melayu dan kuasa baru Belanda yang mula menaruh minat bertapak di Nusantara. Pada tahun 1641, Johor dengan bantuan Belanda telah berjaya membebaskan Melaka dari Portugis. Malangnya hasil tipu helah Belanda, Melaka beralih kuasa ke tangan penjajah baru itu, bukannya ke tangan orang Melayu. Pada tahun 1660, Johor berjaya menjadi pelabuhan yang disegani.
Pada tahun 1666 hingga tahun 1673 terjadi peperangan dalam negeri antara Johor dengan Jambi. Pada masa itu, Jambi yang merupakan jajahan takluk Johor sedaya upaya mahu memisahkan diri. Peranan Bugis mula digunakan ketika itu untuk menundukkan Jambi agar terus kekal dibawah takluk Johor.
Pada tahun 1812, selepas kemangkatan sultan Johor, Sultan Mahmud III yang memerintah Johor dari Lingga, Yam Tuan Riau yang merupakan wakil kerajaan Johor di Riau telah melantik Tengku Abdul Rahman sebagai Sultan Johor yang baru. Perlantikan ini tidak disenangi oleh kandanya Tengku Hussein kerana merasakan beliau labih layak memandangkan dia anak yang lebih tua. Keadaan ini menyebabkan sedikit kucar-kacir dalam pemerintahan Empayar Johor. Situasi ini merupakan saat keemasan bagi Inggeris dan Belanda untuk mengukuhkan lagi keberadaan mereka di rantau ini.
Pada tahun 1819, British melalui wakilnya Sir Stamford Raffles telah berjanji kepada Tengku Hussein untuk membantu mengembalikan tahta pemerintahan kepada beliau dengan syarat Tengku Hussein setuju menyerahkan Singapura kepada British. Belanda yang sejak lama telah menjalinkan hubungan baik dengan Johor merasakan keberadaannya terganggu dengan tindakan British itu. Bagaimanapun pertelingkahan Belanda-British ini berakhir bila kedua-dua kuasa itu menandatangani Perjanjian British-Belanda 1924. Perjanjian itu antara lain menyebut kedua-dua pihak mengaku kuasa Inggeris di Singapura dan Kuasa Belanda di selatannya.
Maka bermulanya sejarah baru negeri Johor yang kita kenali hingga ke hari ini. Biarpun dalam perjanjian asal, Tengku Hussein yang sepatut akan memerintah Johor, pemerintahan sebenar tetap dikuasai Temenggong sebagaimana sediakala. Malah pada tahun 1855, dibawah perjanjian British dengan Sultan Ali ketika itu, Pemerintahan Johor secara rasminya diserahkan ke tangan Temenggong Daing Ibrahim kecuali kawasan Kesang (Muar) yang hanya diserahkan pada tahun 1877. Temenggong Ibrahim selepas itu bertanggungjawab membuka Bandar Tanjung Puteri menggantikan Teluk Belanga sebagai ibu negeri Johor yang baru. Bandar itu kemudiannya dikenali dengan nama bandar Johor Bahru. Sekarang menjadi ibu negeri Johor hingga ke hari ini.
Kejayaan Temenggung Ibrahim diteruskan anaknya Temunggung Abu Bakar yang mendapat gelaran Sri Maharaja Johor. Pada tahun 1866, beliau kemudiannya dimartabatkan sebagai Sultan Johor (1864 – 1895). Sultan Abu Bakar bertanggungjawab memperkenalkan perlembagan dan menyusun sistem pentadbiran Johor yang lebih berkesan. Beliau juga bertanggungjawab membangunkan Istana Besar sebagai kediaman rasmi. Atas jasanya ini, beliau digelar Bapa Pembangunan Johor Moden. Namanya kini diabadikan pada sebuah menumen dikenali Monumen Sultan Abu Bakar yang dibina berhadapan laut setentang dengan bangunan mahkamah.
Permintaan tinggi terhadap lada hitam dan gambir pada abad ke 19 membawa kepada pembukaan ladang secara besar-besaran di Johor. Hal ini mendorong pengambilan besar-besaran imigran dari China dibawah sistem Kangchu. Sistem ini mula diperkenalkan pertama kalinya di Kangkar (kangchu) Tebrau pada tahun 1844. Selain itu, Imigran India juga dibawa masuk untuk dikerjakan di ladang-ladang getah melalui sistem Kangani yang mula dibuka pada abad ke 19. Sampai saat ini, Johor mejadi negeri pengeluar getah terbesar di Malaysia.
Sistem-sistem ini akhirnya dihentikan di penghujung abad ke 19 pada masa yang sama dengan pembukaan jalan keretapi menghubungkan Johor Bahru dengan Persekutuan Negeri-negeri Melayu yang terletak dibawah kekuasaan British pada tahun 1909.
Pada tahun 1914, melalui tipu daya British, negeri Johor yang ketika itu dikuasai Temenggung Ibrahim akhirnya dipaksa menerima seorang penasihat British dibawa “British Resident System”. Sejak itu bermulalah kekuasaan Inggeris di Negeri Johor secara langsung. Johor menjadi negeri Melayu terakhir yang tunduk ke tangan British. Kejayaan menguaasi Johor itu menjadi pelengkap kepada siri penjajahan kuasa-kuasa asing di negeri-negeri Melayu di Semenanjung termasuklah Siam yang menguasai Patani di Utara.
Ketika perang dunia ke-2, Johor Bahru menjadi bandar terakhir di Semenanjung Malaysia yang ditawan Jepun. Panglima perang Jepun, General Yamashita Tomoyuki selepas itu membuka pejabatnya di Bukit Serene dan memantau kejatuhan British di Singapura dari sana.

Pada tahun 1948, Johor menyertai Persekutuan Tanah Melayu yang kemudian mendapat kemerdekaan dari British pada 1957.


ASAL-USUL NAMA TEMPAT DI JOHOR

Asal-usul nama pada sesuatu tempat boleh muncul bergantung kepada beberapa sebab. Ada tempat mendapat namanya dari nama haiwan, ada juga berpunca dari nama tumbuhan, peristiwa-peristiwa dan tak kurang yang mendapat nama sempena nama tokoh tempatan. Antara contoh nama tempat di Johor yang unik dan punya maksud tersendiri adalah seperti Gelang Patah, Kelapa Sawit, Kukup, Rengit, Sungai Mati, Layang-layang, Tongkang Pecah, Buluh Kasap, Puteri Menangis, Tenang, Lima Kedai dan banyak lagi.
Artikal kali ini, biar saya mulai dengan asal-usul nama untuk pusat-pusat pentadbiran bagi sepuluh buah daerah di seluruh Negeri Johor.

1. Johor Bahru.
Nama ini berasal dari gabungan nama negeriJohordan katabaharu’. Asalnya, pemerintah Johor menitahkan pembangunan sebuah kota yang baharu perlu dibangunkan di Tanjung Puteri (di muara sungai Segget) bagi menggantikan Teluk Belanga di pulau Singapura sebagai Ibu negeri Johor yang baharu memandangkan pulau itu telah diserahkan kepada British. Ibu kota yang baharu itu kemudiannya dinamakan Johor Bahru, bermaksud ibu negeri Johor yang baharu.

2. Batu Pahat
Nama Batu Pahat dikatakan berasal dari peristiwa memahat batu untuk mencari bekalan air tawar di kawasan pantai dekat dengan sebuah kuala sungai (sungai Batu Pahat sekarang). Kerja memahat batu ini dilakukan oleh angkatan tentera Siam (bangsa Siam bukan bermaksud Thai) di bawah pimpinan Awi Dicu pada tahun 1456 yang ketika itu hendak menyerang Melaka.
Kesan pahatan tersebut masih terdapat hingga sekarang. Batu-batu yang telah terpahat itu berbentuk perigi yang sekarang dinamakan Perigi Siam atau Perigi Batu Pahat.

3. Muar
Muar lahir daripada perkataanmuara' bermaksud kuala sungai. Pada zaman dahulu, penempatan awal di kawasan tersebut terletak di muara sebatang sungai. Versi lain mengatakan, nama itu tercipta berdasarkan katamuna-aru’ yang bermaksud tiga sungai dalam bahasa Tamil yang dinamakan oleh pedagang-pedagang dari India pada masa dahulu. Ketiga-tiga sungai itu merujuk kepada sungai Muar, sungai Serting dan sungai Pahang.

4. Mersing
Asal Mersing kononnya berpunca dari nama seorang pesuruh Sultan Pahang berbangsa Sikh bernama Amer Singh yang dihukum buang daerah ke suatu tempat terpencil kerana melakukan kesalahan berat pada zaman dahulu. Hukuman berlaku ketika kawasan Mersing waktu itu belum menjadi tumpuan ramai penduduk. Bagi merujuk tempat buangan pesuruh sultan itu, penduduk sekitar menyebutnya Amersingh hingga tempat itu kekal namanya menjadi Mersing hingga ke hari ini.

5. Segamat
Segamat berasal dari ungkapan katasegar amat' yang lahir dari mulut Bendahara Tun Tepok dalam pelariannya bersama Sultan Ahmad dan pengikut ke hulu Sungai Muar setelah Melaka ditawan Portugis. Bendahara Tepok yang mengalami penyakit lumpuh, terpaksa diusung ke perahu. Oleh kerana pada hari itu cuaca agak panas, Bendaraha Tepok berhajat mandi di dalam sungai. “Segar amat rasa badan inikata Bendahara Tepok setelah selesai mandi. Ungkapansegar amatini menjadi sebutan ramai pengikutnya hingga kemudiannya menamakan tempat yang mereka singgah itu sebagai Segamat pelesetan dari ungkapan segar amat.

6. Pontian
Nama Pontian dikatakan berasal dari kataperhentian' bermaksud tempat berteduh dari gelora laut Selat Melaka. Dua batang sungai yang saling berdekatan kedudukannya sering digunakan oleh nelayan dan pelayar yang hendak ke Melaka atau Singapura sebagai tempat berteduh. Tempat ini juga sering digunakan sebagai tempat perhentian oleh para lanun untuk menu
nggu mangsa yang melintasi kawasan tersebut. Kata ‘Pontianitu akhirnya dipakai sebagai nama untuk tempat tersebut hasil evolusi dari nama Perhentian.


7. Kota Tinggi
Kota Tinggi mendapat namanya sempena lokasi sebuah kota yang dibina di atas kawasan tanah tinggi di tebing sungai Johor bagi menangkis serangan Portugis yang ketika itu sedang bernafsu melenyapkan saki-baki kuasa Kesultanan Melayu Melaka yang telah ditundukkannya pada tahun 1511. Kota ini seterusnya berkembang menjadi ibu kota pertama bagi kerajaan Johor-Riau sebelum musnah dalam beberapa siri serangan oleh angkatan perang Aceh dan Portugis.

8. Tangkak
Nama Tangkak timbul dari gabungan dua perkataan ‘tang’ dan ‘merangkak'. Peristiwa itu berlaku ketika seorang peneroka, Long Mahmud bersama tujuh saudara yang dikatakan terpaksa merangkak untuk naik ke tebing sebatang sungai kerana tanah sekitar kawasan itu lembut dan mudah jerlus ketika melintasinya. Kerana kebiasaan tabiat merangkak, penduduk setempat menyebut tang Merangkak bagi merujuk kawasan itu. Ungkapan ‘tang' memang biasa digunakan orang Melayu bagi merujuk suatu tempat.



9. Kluang
Bandar Kluang diambil namanya sempena nama seekor haiwan, keluang, sejenis kelawar besar pemakan buah. Ia memakan bunga durian dan buah-buahan seperti rambutan, rambai dan lain-lain. Penduduk setempat berjaya membunuh haiwan lain seperti tupai dan sebagainya yang menceroboh dusun, tetapi mereka gagal menghalau keluang yang begitu banyak datang ke situ lebih-lebih lagi pada waktu petang. Haiwan keluang yang banyak itu dikatakan datang dari sebuah bukit (sekarang Gunung Lambak) di belakang kampung mereka. Akhirnya khidmat dukun terpaksa dipanggil untuk mengadakan suatu upacara di bukit tersebut bagi memujuk keluang-keluang itu agar tidak datang ke dusun penduduk kampung.







Askar TSN bersama Sultan Ibrahim.



Salahsilah kesultanan Negeri Johor.







Gambar pasar lama di Johor menyusuri Sungai Segget.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan