Selasa, 1 Disember 2015

PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT

BAB 8

PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM
DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT
PENGENALAN

1.     Islam telah tersebar merangkumi sebahagian Eropah, Asia Tengah, Asia Selatan, Asia Timur dan Asia Tenggara.
2.     kedudukan Asia Tenggara di tengah perjalanan Timur-Barat menjadi wilayah terbuka kedatangan pedagang serata dunia seawal abad M .
3.     Pedagang Islam juga turut terlibat dan berdagang di pelabuhan Perlak, Pasai, Sulu, Acheh, Pattani, dan Brunei, Tanah Melayu – Melaka jadi pusat perdagangan dan penyebaran Islam. Kemudian diikuti Kedah, Kelantan, Trengganu, Pahang dan Johor..
4.     Pertapakan Islam di Tanah Melayu bermula abad ke 14M.
5.     Pengaruh dalam politik, ekonomi, dan sosial hanya berlaku dan ketara selepas abd ke 15M – Zaman Melaka.
6.     Melaka – Islam jadi teras kehidupan dalam politik, ekonomi, dan sosial.
7.     Dilakukan menerusi peluasan kuasa, perkahwinan, pendidikan, dan kegiatan intelektual.

PENGARUH ISLAM TERHADAP POLITIK

Unsur pengaruh Islam dapat dilihat dari aspek:

·          Pentadbiran dan Pemerintahan

o    Ulama sebagai penasihat Sultan:
o    Melaka: Makhdum Sayid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Maulana Sadar Jahan, Maulana Jalaludin, Qadi Yusuf.
o    Kelantan : Tuk Pulau Condong
o    Trengganu: Tuk Pulau Manis
·          Pengaruh Islam dalam pentadbiran dan pemerintahan
o    Gelaran sultan – bayangan Allah di muka bumi
o    Gelaran Khalifatul Mukminin – pemimpin orang Mukmin : Sultan Mahmud Melaka dan Sultan Abdul Ghafar Muhyidin Pahang.
o    Nasab sultan dari Iskandar Zulkarnain. Sebelum in daripada Dewa.
o    Kekal sebagai institusi warisan – sultan kuasa tertinggi
o    Pentadbiran dibantu oleh pembesar spt Bendahara, laksamana, Temenggong dan Penghulu Bendahari.
o    Ulama jadi penasihat Sultan.
o    Konsep daulat ikatan taat setia terhadap sultan
o    Adat istiadat yang membabitkab budaya istana – gambarkan kedaulatan sultan
o    Amalan protokol atau hijabah – pengaruh Umaiyah
o    Upacara lafaz taat setia = baiah dalam pelantikan sultan
o    Pengganti sultan dilantik sebelum pemakaman sultan = spt dalam Bani Umaiyah

2.     PERUNDANGAN

a.      Terikat dengan hukum adat = undang-undang tidak bertulis yang jadi malan orang melayu.
b.     Dua jenis adat – adat pepatih dan adat temenggong
c.     Peranan adat:
· Menjamin keselematan
· Mengawal pelakuan dalam masyarakat
§ Menentukan hak pewarisan harta
§ Menentukan bidang tugas
§ Mewujudkan masyarakat bersistem dan berorganisasi
§ Merapatkan tali persaudaraan

d.     Beza adat pepatih dan temenggong
Temenggong
Pepatih
Diasas Dato Ketemenggongan – Palembang
Dato Pepatih Nan Sebatang – Pagar Ruyung
Negeri lain di Tanah Melayu
Negeri Sembilan dan Utara Melaka
Asas pentadbiran mutlak
Musyawarah
Sultan dilantik – warisan
Dari bawah =pilihan pembesar
Pilihan pasangan terbuka asal patuh hukum Islam
Perkahwinan dari suku berlainan
Sistem nasab cara patrilineal – bapa
Matrilineal – ibu
Warisan harta keutamaan anak lelaki spt faraid
Harta pusaka = perempuan
Hukuman berbentuk pembalasan dan pengajaran
Berbentuk pemulihan atau diat / denda
Perempuan berkahwin menetap rumah lelaki
Menetap rumah perempuan.

e.      Undang-undang bertulis di Melaka
·        Hukum kanun Melaka
·        Undang-undang laut Melaka
f.       Sebab Penggubalan Undang-undang Melaka
·        Sebagai peraturan dan hukuman
·        Corak perjalanan pemerintahan dan pentadbiran
·        Perjalanan masyarakat tersusun dengan pelakuan, tanggungjawab serta hukuman terhadap pesalah
·        Hukum Kanun - Menjelaskan tanggungjawab pembesar dan raja, pantang larang anggota masyarakat, hukuman terhadap pesalah , undang-undang keluarga, pemasalahan ibadat, jenis hukuman.l
·        Undang-undang Laut – Jelaskan seraoang makhoda diertikan sebagai imam dan anak buah makmum.

PENGARUH KEDATANGAN ISLAM TERHADAP SOSIOBUDAYA

Unsur pengaruh dalam sosialbudaya dapat dilihat dari aspek:-

1.     PENDIDIKAN

a.      Pengaruh Islam terhadap pendidikan /dua  jenis pendidikan – formal /tak formal
·                 Tidak formal – pendidikan awal atau asuhan dalam keluarga
·                 Peringkat keluarga tekankan nilai moral, pembelajaran melalui dengar, lihat & perhati
·                 Kemahiran daripada ibu/bapa, pemerhatian dan latihan
·                 Kanak-kanak belajar tentang agama, budaya, adat, sikap, cara berkawan dan jaga maruah
·                 Kaedah – bercerita dan serap nilai budaya, unsur pengajaran seperti dalam cerita binatang dll.
·                 Kanak-kanak belajar pantang larang dan adat melalui pergaulan seperti tunduk sambil hulur tangan hadapan orang dewasa.
·                 Pantun, peribahasa, teka-teki dan perpatah ajar kelaluan baik
b.     Sistem Pedidikan Agama
·                 Formal – Berkembang pesat dan tak terhad kepada golongan atasan
·                 Tempat – Istana, masjid, rumah,surau, madrasah dan pondok
·                 Pendidikan di rumah
·                 Bentuk pendidikan tak formal

2.     Pendidikan Al-Quran
3.     Di rumah Tok Guru
4.     Umur 7 hingga 15 tahun
5.     Selepas waktu Zohor atau Maghrib
6.     Kitab, Muqadam & Al-Quran
7.     Bayaran percuma
8.     Di masjid, ilmu lebih formal seperti fiqah, tajuid, cara bacaan dalam solat
       dan perkara wajib.


·        Sistem Pendidikan Pondok
o      Bentuk pendidikan – formal
o      Bermula abad 12M di Patani dan berkembang
o      Terdapat di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu
o      Contoh pengajian pondok – Pulau Condong & Pondok Kutan – Kelantan, Pondok Pulau Manis – Terengganu, Pondok Titi Gajah & Pondok Langgar – Kedah
o      Penekanan Ilmu Agama
o      Guru daripada para pelajar yang lulus
o      Masa panjang hingga 10 tahun
o      Ilmu yang dipelajari – Feqah, Tafsir, Saraf, Nahu Arab, Tauhid,
o      Sirah, Mantiq & Tawarif Islam
o      Sistem tersusun
o      Pakaian tutup aurat
o      Pelajar kongsi pondok – tempat tinggal

·        Sistem Pendidikan Madrasah
o      Berdasarkan sukatan pelajaran
o      Secara bilik darjah
o      Ada jadual waktu
o      Ikut tahap – permulaan, pertengahan dan pengkhususan
o      Diawasi oleh mudir, guru besar
o      Diselia sebuah lembaga, jawatankuasa kewangan dll

·        Peranan Istana – Pusat Intelektual
o      Istana Melaka Pusat Pengajian Agama
o      Mansur Shah terima Islam daripada Maulana Abu Bakar, Mahmud Shah dan Raja Ahmad berguru dengan Maulana Sadar Jahan
o      Ulamak dan pendakwah – bangsa asing tinggal di Melaka – kembangkan Islam
o      Melaka beri perhatian terhadap perkembangan Ilmu – ramai tinggal di Melaka
o      Melaka berminat terhadap Ilmu apabila kitab Al Dur Al Manzum karangan Maulana Abu Bakar diarak ke istana
o      Mansur Shah berminat tasauf
o      Alauddin Riayat Shah Johor jadikan istana pusat pengajian
o      Istana tempat simpan buku hikayat seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
o      Istana pusat pendidikan yang berkaitan hal pentadbiran dan politik




2.     BAHASA DAN KESUSASTERAAN

·          Pengaruh Islam Dalam Bahasa
o      Perkenal tulisan jawi
o      Jawi saluran utama pembacaan dan tulisan – milik melayu
o      Perbendaharaan Kata Melayu bertambah
o      Pinjam dari Bahasa Arab spt adat, adil, sultan, syaitan dll
o      Istilah bidang lain tambah spt dalam fiqah, tauhid & tafsir
o      Bahasa Melayu jadi linguafranca – bahasa pertuturan harian
o      Bahasa Melayu meningkat menjadi Bahasa Ilmu

·          Pengaruh Islam Dalam Sastera
o    Bahasa Melayu lebih mantap bila Cerita Panji disampaikan dalam Bahasa Melayu
o    Hasil saster terpegaruh gaya, tatabahasa & bentuk sastera Islam seperti syair, gurindam, nazam dan cerita hikayat
o    Fungsi berubah daripada hiburan kepada mengkritik
o    Bahasa Melayu digunakan dalam perdagangan – bahasa perantaraan
o    Prosa memperkenalkan  cerita nabi dan sahabat seperti Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat Bulan Berbelah
o    Hikayat Amir Hamzah dan Muhammad Ali Hanafiah penting dan disimpan di istana Melaka
o   Hikayat Saduran bercorak Arab Parsi contoh Hikayat Abu Nawas & Hikayat
o    Karya bentuk puisi contoh syair dahulu kala oleh Tengku Ampuan Mariam – Terengganu

·          Bentuk Sastera Melayu Sebelum Islam
o    Tersebar secara lisan
o    Cerita asal usul – merangkumi cerita tahyul, alam, nama tempat, tumbuhan dan binatang – guna nama binantang
o    Cerita jenaka dan lucu spt Pak Kaduk, Pak Pandir dll
o    Cerita dongeng spt Batu Belah batu Bertangkup, Bawang Putih Bawang Merah.
o    Puisi dalam bentuk pantun, teka teki, seloka dan gurindam.

3.     KESENIAN

·          Pengaruh kesenian Islam
o    Cth Masjid dan tempat perkumpulan ada ciri khas spt mihrab, mimbar, telaga, pancuran dan bumbung spt Masjid kg Laut, Kelantan, Masjid Peringgit, masjid Tengkera Melaka.
o    Istana indah – ada balairung, tempat bersemayam, balai istiadat – cth Istana Melaka.
o    Hiasan seni kemahiran bermotif tumbuhan dan geometri.
o    Kesenian epigrafi seperti Batu Bersurat Trengganu.
o    Seni khat atau kaligrafi.
o    Tarian dabus , Perak ciri Arab kaitan dengan Saidina Ali.
o    Tarian Mak Inang – di istana Melaka
o    Nazam bersyair riwayat Nabi sgt terkenal.
o    Seni Dikir – senikata lagu bercampur bahasa Melayu Arab.
o    Kesenian ghazal – jenis puisi Arab – Johor.

4. GAYA HIDUP

·        Perubahan istiadat pemerintah
o   Ciri-ciri kandungan bacaan pertabalan raja dimansuhkan
o   Bacaan ikrar diteruskan kerana ia  menyerupai baiah.
o   Perlantikan atau pengantian sultan sebelum istiadat pemakaman ditiru daripada kerajaan Umaiyah

·        Perubahan akhlak rakyat
o   Ibu-bapa amat dihormati dan jiran dianggap seperti keluarga.
o   Panggilan pangkat diberi seperti Pak Long,Mak Long dan sebagainya.
o   Apabila orang muda bercakap dengan orang lebih tua suara perlu rendah

PENGARUH ISLAM KE ATAS BIDANG PERNIAGAAN DALAM KESULTANAN MELAYU MELAKA

1.      Orang Melayu giat aktif dalam perniagaan kerana anjuran Islam bahawa perniagaan sumber rezeki penting.
2.      Perdagangan Melayu pesat hasil penglibatan orang Melayu dan pedagang Muslim.
3.      Perdagangan saluran proses pengislaman di alam Melayu.
4.      Kepesatan Melaka sebab ramai pedagang asing kunjungi Melaka.
5.      Kehadiran pedagang asing mendorong kerajaan m,elaka sediakan kemudahan pentadbiran licin.
6.      Jawatan laksamana diwujudkan untuk jaga keselamatan laut.
7.      Jawatan syahbandar diwujudkan untuk jaga hal ehwal perlabuhan.
8.      Undang-undang Laut Melaka digubalbg wujudkan peraturan tentang tugas nahkoda, jurumudi dan sebagainya.
9.      Sistem timbangan dan sukatan diperkenalkan.
10.  Golongan kaya berkemampuan dikehendaki bayar zakat

MATA WANG
1.      Sistem matawang adalah alternative kepada sistem tukar barang atau barter.
2.      Matawang asing juga digunakan di Melaka seperti matawang Pasai,Hormuz dan Cambay.Matawang ini boleh ditukar kepada matawang tempatan.
3.      Umumnya negeri malayu mengunakan timah sebagai matawang dan nama sultan serta tarikh islam dicatat pada matawang.
4.      Di Johor timah dikenali sebagai wang katun yang mempunyai tulisan jawi atau arab
5.      Matawang timah Kedah berbentuk seekor ayam jantan yang hinggap diatas beberapa cincin.
6.      Matawang emas Johor digunakan semasa sultan Alaudin,wang emas Johor digelar kupang.
7.      Matawang emas Kelantan dikenali sebagai kijang.
8.      Matawang ini mecatatkan nama dan pangkat Sultan iaitu Khalifatul Muslimin.
9.       Pedagang Arab mengunakan wang emas manakala pedagang Eropah mengunakan wang perak.

PERATURAN PERCUKAIAN DIKENAKAN KE ATAS PEDAGANG YANG BERDAGANG DI MELAKA PADA ABAD KE15
  1.         Cukai wajib bayar sebelum aktiviti perdagangan dimulakan.
  2.          Cukai tetap (cukai import) adalah cukai paling asas dan ditetapkan pemerintah.
  3.           Pedagang Barat seperti India, Ceylon. Arab, Siam, Pegu cukai 6% daripada hasil dagangan.
  4.      Pedagang dari timur seperti Jepun dan China cukai 5%
  5.     Beras dan makanan tiada cukai.
  6.     Orang asing menetap di Melaka cukai diraja
  7.     Orang asing dari kepulauan Melayu cukai 3%.
  8.     Orang asing di kepulauan Melayu cukai 6%.
  9.     Riba dilarang.
  10.     Orang kaya dikehendaki keluarkan zakat.


PENGARUH ISLAM KE ATAS PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU
     1.      Kesusasteraan tulisan berkembang
     2.      Hikayat Nabi Muhammad s.a.w. diperkenal seperti Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat Bulan Berbelah
     3.      Hikayat Nabi2 diperkenal seperti Hikayat Nabi Yusuf dan Hikayat Nabi Musa
     4.      Kisah2 sahabat Nabi Muhammad s.a.w. diperkenal seperti hikayat Abu Bakar dan hikayat Hasan dan Husin
     5.      Kisah kepahlawanan Islam juga diperkenal seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanfiah
     6.      Hikayat saduran Arab-Parsi muncul seperti Hikayat Abu Nawas dan Hikayat Hasan Damsyik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan